Kalaulah kita berusaha untuk akhirat macam nak dapat
kesenangan dunia……
Semalam, kat masjid kampong aku, manek urai lama, ade buat
berbuka puasa, sebelum berbuka tu adelah
sedikit tazkirah dari ustaz, namanya tidak diketahui kerana aku sedikit lewat bebrapa
minit semasa dia merpekenalkan diri beliau.
Di sini apa yang aku nak sampaikan bukannya siapa ustaz
tersebut, tapi apa yang dia sampaikan.
Semalam dia menyebut kalaulah kita berusaha untuk akhirat
macam nak dapat keuntungan dunia sudah tentu kita akan Berjaya.
Kat sini ada satu cerita, iaitu tentang seorang guru yg
berkerja kat kota bharu….aku buat macam dialog la
Orang kampong: assalamualaikum cekgu, nok gi mano tu?
Cikgu: kawe nok g sekoloh ni. Demo nok gi mano tu?
Orang kampong: oooo takpo gitu gak, kawe ingat nok ajok demo
make mee sup, kawe g sore gitu
Gak.
Cikgu: eh, takpo lah gitu gak, kawe tok jadi nok gi sekoloh,
sebab takdok gapo pun di sekoloh, kawe
ikut demo ah . tapi demo tunggu meta, kawe nok gi ata budak sekoloh
Orang kampong: bereh,kuat demo cari pitih, dohla jadi cikgu
doh, wak kereta sewa pulok, biso demo.ok, pahni
tinggal keto demo rumah kawe, gi nge keto kawe. Kawe tunggu demo.
5 minit pastu, mereka sampai kat kedai mee sup
Orang kampong: cekgu, mitok ah cekgu nok make gapo. Kawe
belanjo demo hari nie
Cikgu: bereh boh
30 minit pastu, diorang selesai makan
Cikgu: boh, wi kawe tin air tu, kawe nok
Orang kampong: nok wak gapo?
Cikgu: kawe nok jual la, pitih blako nih
Orang kampong: bab2 pitih, demo napok blako dih, ish222
Berdasarkan cerita di atas, kita dapat lihat cikgu tersebut
tidak melepaskan peluang sedikit pun jika benda tersebut memberi dia
keuntungan.
Namun,manusia hanya Nampak keuntungan dunia semata-mata,
dengan meninggalkan akhirat yang lebih besar dan lebih penting termasuk diri
aku sendiri, lebih2 lagi bulan puasa.
Jika kita jadi macam cikgu tadi, tapi untuk akhirat,
….dengar ada majlis ilmu, kita join,
ada orang buat solat tarawih panjang, kita ikut. Ada orang minta derma
buat masjid, buat pondok kita bagi, sentiasa solat berjemaah kat masjid.
insyaallah,dengan rahmat Allah kita Berjaya kat akhirat nanti
Sama2 kita muhasabah diri kita
No comments:
Post a Comment