Islamic Widget

Friday, January 7, 2011

umat islam perlu bebaskan diri


Khamis , 06/01/2011 - Pengerusi Pertubuhan Ulama’ Islam Sedunia, Dr. Yousef Al-Qardhowi menegaskan bahawa umat Islam wajib membebaskan diri mereka untuk memungkinkan pembebasan tanah Palestin yang telah dirampas.
Kenyataan ini dikeluarkan dalam Perhimpunan Bulan Januari bagi pertubuhan ini bertemakan “projek Yahudinisasi Al-Quds dan Palestin dan kesannya terhadap masa hadapan” dekat Hotel Millennium petang kelmarin yang turut dihadiri oleh Dr. Ali Mahyuddin Al-Qurah, setiausaha pertubuhan dan Ustaz Muneer Shafeq, pengurus perhimpunan nasional islam.
Dr. Qardhowi menegaskan kepentingan sokongan yang mesti diberikan kepada rakyat Palestin agar mereka tetap teguh dan segala peluang perlu diberikan kepada mereka untuk melawan Zionis, beliau menekankan lagi bahawa isu ini bukanlah khas untuk rakyat Palestin sahaja tetapi katanya, “perkara yang paling berbahaya adalah apabila umat Islam merasa seolah-olah mereka membantu rakyat Palestin, walhal, Islam mewajibkan ke atas setiap Muslim untuk membebaskan mana-mana sahaja tanah Islam yang diceroboh, apatah lagi kita bercakap tentang tanah Al-Quds yang dimuliakan Allah. Tidak dapat dinafikan bahawa umat Islam perlu merasa bahawa isu ini adalah isu mereka, dan bukan isu rakyat Palestin semata-mata.”
sumber : http://www.palestine-info.info/ar

No comments:

Post a Comment