Islamic Widget

Friday, June 28, 2013

man jadda wajada

alhamdulillah ..dapat juga saya buat post baru selepas 2 tahun tidak buat apa2 post,

 dalam kita mengejar cita2 kita , kita sememangnya akan melalui pelbagai cabaran hidup, bukan sahaja dari segi pelajaran malahan dari segi hubungan antara manusia, masalah kewangan dan juga masalah dengan keluarga.

walaupun pelbagai halangan mendatang, kita sebagai seorang muslim tidak sepatutnya mengalah dan sepatutnya terus berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.kita tahu bahawa kita tidak boleh mengaku beriman sehingga kita diuji oleh Allah...dan ujian itu dalam pelbagai bentuk yang kita tidak jangkakan...

Allah berfirman:

"Apakah manusia mengira bahawa akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" [29:2]

saya rasa semua orang faham apa yang dimaksudkan dengan man jadda wajada kan?
yang beerti barang siapa yang bersungguh-sungguh , dia pasti berjaya

namun begitu ada sesetengah masyarakat selalu menggunakan perkataan seperti ini" aku tak lepas kali nie, ni bukan rezeki aku"

memang betul bukan rezeki dia, tapi betulkah bila kita berkata demikian kita betul2 berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan kita......

ade manusia yang ingin lulus tapi malas belajar...secara logiknya, kalu kita tak belajar, kita takde knowledge untuk jawab exam kan?

so, mesti la kena belajar betul2 , supaya kita ada knowledge untuk jawab soalan dalam exam







bak kata pepatah" kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"

mungkin ade sesetengah orang, walaupun dia main2 dalam belajar, dia masih lulus...tapi perkara sebegitu bukan satu kebiasaan....

untuk peringatan bersama..WA