Islamic Widget

Saturday, November 16, 2013

jangan marah

HADIS 16


عَنْ أَبِي هُرَیْرَةَ رَضِىَ الله عَنْهُ : أَنَّ رَجُلاً قَالَ لِلنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم : أَوْصِنِي. قَالَ: ((
لاَ تَغْضَبْ. فَرَدَّدَ مِرَارًا قَالَ: لاَ تَغْضَبْ )) رواه البخاري.
Daripada Abu Hurairah r.a.:
Bahawa seorang lelaki berkata kepada Nabi SAW: Berikan daku wasiat. Baginda bersabda: Janganlah
engkau marah. Lelaki itu mengulangi soalan itu beberapa kali. Baginda tetap bersabda: Janganlah
engkau marah.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari

lama rasanya tak update blog...

insyaAllah saya nak share sikit pasal hadis 16 dari Hadis Arbain tulisan Imam Nawawi....

berdasarkan tajuk dan hadis yang saya share ....perlulah untuk kita sedar bahawa untuk menjadi seorang mukmin yang baik akhlaknya perlu lah untuk kita tidak marah

jangan marah bermaksud kita mengelak dari sebarang sebab untuk kita marah dan juga menahan marah apabila kita rasa hendak marah....

sebab apabila kita marah ia sebenarnya akan memburukkan lagi keadaan dan bukannya memperbaiki keadaan tersebut....

tapi tidak bermaksud bila orang melakukan sesuatu yang berlanggar dengan hukum Islam kita hanya membiarkan mereka melakukannya tetapi perlulah untuk kita membanteras dan membenci perbuatan tersebut ...seperti dalam satu hadis:

Ertinya: “Daripada Abu Sa’iid Al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, katanya: ‘Aku telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa di kalangan kamu melihat kemungkaran hendaklah mengubah dengan tangannya, jika tidak mampu, maka dengan lidahnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman.” (Di Riwayatkan oleh Muslim)

dalam untuk kita membanteras perkara yang berlanggar dengan hukum Allah , kita tidak boleh marah seperti orang yang hilang akal namun kita perlu menggunakan cara yang berhikmah dan batas2 dihadkan dan tidak menggunakan perkataan yang buruk

ini kerana jika kita tidak mengawal perasaan dan perbuatan kita, ini akan memberi fitnah kepada agama kita....

namun begitu, kita tidak marah bukan bererti kita penakut atau sebgainya, tetapi kita kena tegas dengan pendirian kita( berasasakan Islam)

orang yang suka marah sebenarnya dibenci oleh masyarakat dan susah dibawa berbincang....

jadi apabila kita rasa marah cubalah beberapa perkara dibawah untuk mengelakkan kita marah:

berwudhuk
mengubah kedudukan dari berdiri kepada duduk dan kalau masih terasa marah ,kita berbaring
dan banyakkan beristighfar






Friday, June 28, 2013

man jadda wajada

alhamdulillah ..dapat juga saya buat post baru selepas 2 tahun tidak buat apa2 post,

 dalam kita mengejar cita2 kita , kita sememangnya akan melalui pelbagai cabaran hidup, bukan sahaja dari segi pelajaran malahan dari segi hubungan antara manusia, masalah kewangan dan juga masalah dengan keluarga.

walaupun pelbagai halangan mendatang, kita sebagai seorang muslim tidak sepatutnya mengalah dan sepatutnya terus berjuang sehingga ketitisan darah yang terakhir.kita tahu bahawa kita tidak boleh mengaku beriman sehingga kita diuji oleh Allah...dan ujian itu dalam pelbagai bentuk yang kita tidak jangkakan...

Allah berfirman:

"Apakah manusia mengira bahawa akan dibiarkan hanya dengan mengatakan,"kami telah beriman," dan mereka tidak diuji?" [29:2]

saya rasa semua orang faham apa yang dimaksudkan dengan man jadda wajada kan?
yang beerti barang siapa yang bersungguh-sungguh , dia pasti berjaya

namun begitu ada sesetengah masyarakat selalu menggunakan perkataan seperti ini" aku tak lepas kali nie, ni bukan rezeki aku"

memang betul bukan rezeki dia, tapi betulkah bila kita berkata demikian kita betul2 berusaha bersungguh-sungguh untuk berjaya dalam peperiksaan kita......

ade manusia yang ingin lulus tapi malas belajar...secara logiknya, kalu kita tak belajar, kita takde knowledge untuk jawab exam kan?

so, mesti la kena belajar betul2 , supaya kita ada knowledge untuk jawab soalan dalam exam







bak kata pepatah" kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya"

mungkin ade sesetengah orang, walaupun dia main2 dalam belajar, dia masih lulus...tapi perkara sebegitu bukan satu kebiasaan....

untuk peringatan bersama..WA