Islamic Widget

Wednesday, May 11, 2011

wah cantiknya dunia



setiap pagi, aku melihat permandangan yang begitu indah, dimana burung2 keluar dari sarang2 mereka,mencari makanan, suasana yang sejuk, bunyi burung dan cengkerik membuatkan diriku terasa tenang. Aku mendongak kelangit, dan melihat awan yang memutih, aku berfikir sejenak,"ya Allah, sangat luas kebesaran Mu!".
namun, adakah aku bersyukur dengan pemberian ini? aku terlalu asyik dengan kecantikan dunia hinggakan diriku terikat dengan peraturan dunia, aku sanggup melewat-lewatkan solatku kerana perkara keduniaan. pernahkah kita terfikir, mengapa kita sanggup bebuat demikian, sanggup berbuat sambil lewa dalam menunaikan tanggungjawab kita terhadap Pencipta kita.
namun keindahan ini sementara sahaja, hidup di dunia ini umpama persinggahan seorang perantau untuk mencari bekalan untuk meneruskan perjalanan ke destinasi yang sebenar. namun apa yang kita lakukan sebaliknya, mencari bekal dunia umpama kita tidak akan menempuh ajal, sanggup mengenepikan ajaran Islam malahan mencemuh ajaran tersebut. kita sudah begitu jauh daripada Islam. sudah tiba untuk kita kembali kepada Islam yang sebenar.

Terjemahan Q.S. Al – Hadid ( 57 ) Ayat 20 :
Ketahuilah, sesungguhanya kehidupan dunia itu hanyalah permainan dan senda gurauan, perhiasan dan saling berbangga di antara kamu serta berlomba dalam kekayaan dan anak keturunan, seperti hujan yang tanam – tanamannya mengagumkan para petani; kemudian ( tanaman ) itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia tidak lain hanyalah kesenangan yang palsu.


bila kita melihat alam ini, tidakkah kita terfikir bahawa ada Pencipta yang mencipta kita? siapa yang menjadikan diri kita? adakah kita dijadikan tanpa pencipta? selipar jepun ada orang yang jadikan nikan kita manusia yang begitu sempurna kejadiannya. jadi yakinlah pada janji-janji Allah S.W.T.



A021
Sesungguhnya neraka Jahannam adalah disediakan  

A022
Untuk orang-orang yang melampaui batas hukum Tuhan, sebagai tempat kembalinya. 

A023
Mereka tinggal di dalamnya berkurun-kurun lamanya.

A024
Mereka tidak dapat merasai udara yang sejuk di dalamnya, dan tidak pula sebarang minuman -

A025
Kecuali air panas yang menggelegak, dan air danur yang mengalir, -
A026
Sebagai balasan yang sesuai (dengan amal mereka yang buruk). (
A027
Kerana sesungguhnya mereka dahulu tidak menaruh ingatan terhadap hari hitungan amal, 

A028
Dan mereka telah mendustakan dengan sesungguh-sungguhnya akan ayat-ayat keterangan Kami;

A029
Dan tiap-tiap sesuatu dari bawaan hidupnya, telah Kami hitung secara bertulis

A030
(Setelah mereka masuk ke dalam neraka, dikatakan kepada mereka: "Oleh sebab kamu telah mendustakan ayat-ayat Kami) maka rasalah kamu (azab yang disediakan), kerana Kami tidak akan melakukan selain dari menambah berbagai azab kepada kamu".
A031
Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa, disediakan Syurga tempat mereka beroleh apa yang mereka ingini. (An-
A032
(Mereka akan beroleh) taman-taman bunga dan kebun-kebun buah-buahan, terutama anggur

A033
Dan perawan-perawan yang sebaya umurnya
A034
Serta piala atau gelas yang penuh dengan minuman

A035
Mereka tidak mendengar di dalam Syurga itu perkataan yang sia-sia, dan tiada pula perkataan yang dusta;

A036
Sebagai balasan dari Tuhanmu, iaitu satu limpah kurnia yang dikira cukup (menurut yang dijanjikanNya),