adakah kita pernah memuhasabah diri kita?
Allah Ta’ala berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang sukajikalau keburukan itu merata di kalangan orang-orang yang beriman, maka orang-orang yang bersikap demikian itu akan memperolehi siksa yang pedih, baik di dunia mahupun di akhirat.”
HADIS
1)Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Tiada seseorang hambapun yang menutupi cela seseorang hamba yang lainnya di dunia, melainkan ia akan ditutupi celanya oleh Allah pada hari kiamat.” (Riwayat Muslim)
2)Dari Abu Hurairah r.a. lagi, katanya: “Nabi s.a.w. didatangi oleh sahabat-sahabatnya dengan membawa seorang lelaki yang telah minum arak.. kemudian beliau bersabda: “Pukullah ia-sebagai hadnya.” Abu Hurairah berkata: “Di antara kita ada yang memukul orang itu dengan tangannya, ada pula yang memukulnya dengan terompahnya, bahkan ada yang memukulnya dengan pakaiannya. Setelah orang itu pergi, lalu sebahagian orang banyak itu ada yang berkata: “Semoga engkau dihinakan oleh Allah.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jangan berkata demikian itu, janganlah engkau semua memberikan pertolongan kepada syaitan – untuk menggodanya lagi.” (Riwayat Bukhari)
Erti Hadis: Daripada Abu Hurairah r.a bahawasanya Rasulullah saw. bersabda: “Jika ada seseorang berkata: “Orang ramai (sekarang ini) sudah rosak”, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka”. [H.R. Muslim]
Keterangan:
Imam Nawawi ketika menulis hadis ini dalam kitab Riyadhus-Shalihin Beliau memberikan penjelsan seperti berikut:
“Larangan semacam di atas itu (larangan berkata bahawa orang ramai telah rosak) adalah untuk orang yang mengatakan sedemikian tadi denan tujuan rasa bangga pada diri sendiri sebab dirinya tidak rosak, dan dengan tujuan merendahkan orang lain dan merasa dirinya lebih mulia daripada mereka.Maka yang demikian ini adalah haram”.
“Adapun orang yang berkata seperti ini kerana ia melihat kurangnya perhatian orang ramai terhadap agama mereka serta didorong oleh perasaan sedih melihat nasib yang dialami oleh mereka dan timbul daripada perasaan cemburu terhadap agama, maka perkataan itu tidak ada salahnya”.
“Demikianlah yang dijelaskan oleh para ‘ulama dan begitulah cara mereka menghuraikan permasalahannya.Di antara ‘ulama yang berpendapat begitu ialah Imam Malik bin Anas, al-Khath-Thabi, al-Humaidi dan lain-lain”.
“Hadis ini sengaja diletakkan di peringkat awal ini supaya menjadi suatu peringatan kepada kita bila menghuraikan hadis hadis akhir zaman seperti apa yang dituliskan disini yang banyak mendedahkan tentang kemunduran umat islam dan kemerosotan moral mereka. Oleh kerana itu apabila kita cuba mengaitkan hadis-hadis tersebut dengan realiti umat islam dewasa ini, maka janganlah kita merasa bangga dan ‘ujub dengan diri kita sendiri bahkan hendaklah kita menegur diri kita masing-masing dan jangan suka menunding orang lain.Walaupun hal kerosakan moral umat Islam dewasa ini yang diketengahkan, biarlah pendedahan itu di dalam bentuk yang sihat, dengan perasaan yang penuh belas kasihan dan rasa cemburu terhadap agama, bukan dengan perasaan bangga diri dan memandang rendah kepada orang lain.
Mudah-mudahan Allah swt. dengan limpah kurniaNya mencucuri kita rahmat, taufiq dan hidayah.Amiin.